Quick links to our related sires
 
  Search in site
 
search our site     
   
 
home about us news & events registration contact sitemap
   English Version
 
 An Agency Under The Ministry Of Entrepreneur And Co-operative Development
 
     
 
 
BAHAGIAN PEMBANGUNAN  INFRASTRUKTUR  PERNIAGAAN(BPI)
 
Objektif Kelayakan Memohon
Jenis-jenis Ruang Niaga & Ruang Kilang Cara Memohon
Kadar Sewa Peraturan Penyewaan
Senggaraan Perkhidmatan Yang ditawarkan
Pemasaran Perancangan Masa Depan
Bangunan Perniagaan Alamat di hubungi
 
  Aktiviti Pembangunan Infrastruktur Perniagaan merupakan salah satu daripada tiga aktiviti utama di bawah program Pembangunan Usahawan  MARA. Tujuan utamanya ialah untuk membantu, menggalak dan menambah bilangan penyertaan Bumiputera berkecimpung dalam bidang perniagaan dan perusahaan dengan cara menyediakan ruang niaga dan kilang yang sempurna di kawasan-kawasan strategik.

Dua aktiviti lain di bawah program pembangunan usahawan MARA ialah :

  • Pembiayaan Perniagaan

  • Penilaian dan Kaunseling Usahawan
  • Ketiga-tiga aktiviti ini merangkumi dan merupakan satu pendekatan bersepadu dalam pewujudan dan pembangunan usahawan Bumiputera yang berkualiti, berjaya dan kukuh di samping bersedia menghadapi saingan cabaran dunia perniagaan

     
     
     
    Objektif

  • Menyediakan dan menyewakan pada kadar membangun kemudahan ruang niaga dan ruang     kilang   ke arah menambah Usahawan Bumiputera

  • Mempertingkatkan tahap kecemerlangan ruang niaga dan ruang kilang bagi menyegerakan     pencapaian matlamat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
  •  
     
    Jenis-jenis Ruang Niaga & Ruang Kilang

  • Premis perniagaan yang disediakan oleh MARA adalah berbentuk kompleks, arked dan rumah     kedai yang biasanya didirikan di kawasan bandar/ pekan dan di kawasan yang pesat membangun     dengan kemudahan sumber pekerja, bahan mentah, pasaran dan infrastruktur

  • Untuk premis yang lebih kecil berbentuk bazar dan gerai didirikan di kawasan luar bandar dan di     kawasan-kawasan yang sedang membangun.

  • Bagi projek perusahaan dan pembuatan pula, MARA menyediakan Kawasan Industri MARA yang     terdiri daripada Kawasan Industri Kecil (KIK) dan bengkel-bengkel di tempat-tempat yang     berpotensi
  •  
     
    Kadar Sewa

    Kesemua premis perniagaan dan ruang kilang yang didirikan oleh MARA disewakan kepada usahawan-usahawan Bumiputera pada kadar sewa membangun, bersubsidi serta mempunyai masa bernafas.

     
     
    Senggaraan

    Premis perniagaan MARA akan disenggarakan dari semasa ke semasa oleh MARA supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan sempurna. Imej yang menarik seterusnya dapat meningkatkan lagi tahap perniagaan peniaga / pengusaha.

     
     
    Pemasaran

    Premis perniagaan MARA sentiasa dikenalpasti berada dalam keadaaan kecemerlangan, ceria, bersih dan selesa sebagai tarikan kepada penyewa dan pelanggan.

     
     
    Kelayakan Memohon

  • Warganegara Malaysia daripada kaum Bumiputera berusia 18 tahun ke atas

  • Mempunyai perniagaan serta pendaftaran perniagaan

  • Mempunyai pengalaman perniagaan serta modal untuk memulakan perniagaan

  • Pengkhususan Industri bagi ruang kilang

  • Industri bertaraf kecil dan sederhana

  • Terbuka untuk pewujudan dan peningkatan projek
  •  
     
    Peraturan Penyewaan

  • Konsep penyewaan adalah berbentuk 'nursery' di mana tempoh penyewaan iaitu 3 tahun + 3     tahun untuk ruang perniagaan dan 3 tahun + 3 tahun + 3 tahun untuk ruang perusahaan

  • Menandatangani Surat Perjanjian dan mematikan setem

  •     Membayar cengkeram bersamaan tiga bulan sewa dan satu bulan pendahuluan sewa
  • Menjelaskan deposit letrik dan air yang ditetapkan

  • Membayar sewa bulanan setiap awal bulan

  • Memulakan perniagaan yang dibenarkan dalam tempoh satu bulan dari tarikh tawaran     dikeluarkan

  • Perniagaan atau perusahaan dikendalikan sendiri

  • Tidak menjalankan perniagaan atau perusahaan yang bertentangan dengan undang-undang     Pihak Berkuasa Tempatan

  • Tidak memberi sewa kecil atau memindah hak sewaan kepada orang lain

  • Tidak membuat pindaan atau perubahan kepada ruang perniagaan atau perusahaan melainkan     mendapat kebenaran tuan tanah

  • Sentiasa menjaga kebersihan persekitaran kawasan awam bersama penyewa lain

  • Tidak menjadikan ruang perniagaan atau perusahaan sebagai tempat tinggal

  • Tidak menyimpan sebarang ternakan atau bahan bahaya dalam ruang perniagaan atau     perusahan
  •  
     
    Cara Memohon

    Pemohon hendaklah dibuat mengguna Borang Permohonan Penyewaan Bangunan Perniagaan MARA Yang dikeluarkan secara percuma
      
  • Borang permohonan boleh diperolehi di Ibu pejabat / Pejabat-pejabat MARA Negeri atau Daerah     yang berhampiran
  •   
  • Borang Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap, dan dihantar terus kepada Ibu Pejabat,     Pejabat MARA Negeri atau Daerah untuk pertimbangan     
  • Pemohon-pemohon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga
  •  
     
    Perkhidmatan Yang ditawarkan

  • Menyediakan ruangsewa kepada usahawan dan bakal usahawan bumiputera

  • Merancang Program Promosi ruangniaga dan ruangkilang
  • Menyedia medan data ruangsewa, penyewa dan jenis perniagaan bagi tujuan pembangunan dan     networking

  • Memberi khidmat senggaraan dan pembaikan kepada semua premis

  • Memberikan perkhidmatan hal ehwal penyewaan kepada penyewa
  •  
     
    Perancangan Masa Depan

  • Menyediakan ruang niaga dan ruang kilang yang berjumlah 65 projek dengan peruntukan     sebanyak RM282,575,000.00. Bilangan lot ruang niaga dan ruang kilang yang dijangka dapat     disediakan pada akhir tahun 2000 berjumlah 1,585 lot

  • Penswastaan pengurusan premis perniagaan / perusahaan MARA.

  • Membangun semula dengan lebih agresif lagi bangunan yang telah usang secara menggunakan     peruntukan sendiri atau secara penswastaan.

  • Membangunkan dengan lebih agresif lagi tanah-tanah kosong milik MARA secara penswastaan.

  • Membina premis perniagaan dan perusahaan di tanah strategik milik Bumiputera termasuk tanah     rizab Melayu melalui pembiayaan MARA.

  • Menyediakan Program Pajakan Panjang (Long Term Lease) premis perniagaan / perusahaan     MARA kepada usahawan dan menggunakan hasil pajakan panjang itu untuk menyediakan     ruangniaga / ruangkilang yang baru.
  •  
     
    Keterangan lanjut boleh diperolehi dari Pejabat-pejabat MARA Negeri / Daerah berhampiran atau berhubung terus :

    Bhg. Pembangunan Infrastruktur Perniagaan
    Tingkat 18, Ibu Pejabat MARA
    21, Jalan Raja Laut
    50609 Kuala Lumpur
    03-26915111 Fax : 03-26943580
     
     
         
         
      Full Name  
     
     
      E-mail  
     
     
     
     
      Free Subscription to our newsletter  
         
           
      Pembangunan Usahawan  
    Pembangunan Infra. Perniagaan
    Pembiayaan Perniagaan
    Kenderaan
    Kawalan Kredit
    MARA Negeri & Daerah
           
      Copyright © 2004 Viral Technologies Sdn Bhd. All rights reserved. Developed & Hosted by Viral Technologies Sdn Bhd